Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ribuan rakyat Indonesia mengadakan bantahan di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu kota negara itu, bagi menentang pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Donald Trump.
Mereka membawa sepanduk yang berbunyi 'Palestin dalam hati kami.'
Ribuan penunjuk perasaan di negara majoriti Islam di Asia turut mengadakan perhimpunan beberapa hari lalu bagi mengutuk tindakan Presiden AS, Donald Trump itu.
Presiden parti pembangkang Indonesia, Parti Kemakmuran Keadilan, Sohibul Iman, dalam ucapannya kepada peserta perhimpunan berkata, Indonesia perlu lebih proaktif dalam menggesa negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta masyarakat antarabangsa bertindak tegas berhubung perkara itu.
"Tindakan politik dan diplomatik lebih tegas serta konkrit perlu diambil bagi dalam menyelamatkan Palestin daripada pencerobohan Israel dan rakan subahatnya, AS.
"Indonesia sebagai negara umat Islam paling ramai di dunia bertanggungjawab ke arah kemerdekaan Palestin dan pengurusan Baitulmaqdis," katanya sambil berharap Jakarta menjadi peneraju dalam kalangan OIC untuk tujuan itu.
Beliau berkata, penduduk Palestin adalah antara yang pertama mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada 1945. - AFP
10 Disember 2017 - 15:36
News ID: 871913
Ribuan rakyat Indonesia mengadakan bantahan di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu kota negara itu, bagi menentang pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Donald Trump.